KOLEKSI KERTAS KERJA

EPISTEMOLOGI AHLU SUNNAH WAL JAMAAH DALAM PEMBINAAN KERANGKA AKIDAH DAN PEMIKIRAN

TASAWWUF DAN PERANANNYA DALAM PEMBINAAN KERANGKA SPIRITUAL AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

REFLEKSI PEMBAHARUAN DALAM PEMIKIRAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

FAHAMAN ISLAM LIBERAL DALAM KONTEKS AJARAN ARUS PERDANA UMAT: KASUS MOHAMMED ARKOUN

GERAKAN ISLAM LIBERAL DI INDONESIA

PERKEMBANGAN PEMIKIRAN DALAM ISLAM: ANALISIS TERHADAP GAGASAN ISLAM LIBERAL

MENYATUKAN KHAZANAH PEMIKIRAN UMAT ISLAM DI ERA GLOBALISASI DAN LIBERALISASI

INTEGRASI NILAI-NILAI ISLAM DALAM PEMBELAJARAN IPA

RELEVANSI NILAI-NILAI ISLAM DALAM SISTEM PEMBELAJARAN SAINS DI PERGURUAN TINGGI ISLAM

PERKEMBANGAN PEMIKIRAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM (Satu Analisis Terhadap Gagasan Islamisasi Sains)

GLOBALISASI SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN TINGGI DALAM MASYARAKAT BERAGAMA

FALSAFAH DAN AMALAN PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT MENURUT ACUAN MALAYSIA

KONTEKSTUALISASI NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENGUASAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

MEMAHAMI HUKUM ALLAH DARI DIMENSI SYARI'AH DAN KAUNIYYAH TERAS PEMBINAAN STRATEGI TAJDIDI DI ALAM MELAYU

ISLAM HARUS MENGUASAI SAINS - TEKNOLOGI - SENI

Read Users' Comments (0)

Program - Program ASWAJA

TAHUN 2008

- Seminar Tajdid Pemikiran Islam
Hotel Savoy Homann, Bandung, Indonesia.
17 hingga 19 Oktober 2008

- Seminar Tajdid Pemikiran Islam
Hotel Inna Simpang, Surabaya, Indonesia.
27 hingga 30 Disember 2008

TAHUN 2009

- Seminar Tajdid Pemikiran Islam
Hotel Pusako, Bukittinggi, Indonesia.
27 hingga 31 Januari 2009

- Seminar Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Hotel Pan Pacific, KLIA.
19 hingga 21 Februari 2009

- Seminar Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang.
6 hingga 7 Mac 2009

- Seminar Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Auditorium, Jabatan Agama Islam Terengganu.
30 Mac 2009
Dewan, Sekolah Menengah Teknik, dungun, Terengganu.
31 Mac 2009

- Seminar Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Hotel Royal Guest, Kota Bharu, Kelantan.
29 hingga 30 April 2009

- Seminar Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Hotel Grand Elite, Pekanbaru, Indonesia.
11 hingga 14 Jun 2009

- Seminar Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Kg. Selehong, Palekbang, Tumpat.
8 Ogos 2009

- Wacana Ilmu ASWAJA
Auditorium Besar, Berita Harian, Bangsar.
10 September 2009

- Forum Bicara Ilmu ASWAJA
Auditorium Besar, Berita Harian, Bangsar.
17 Ogos 2009

Read Users' Comments (0)

PENDAHULUAN

Adalah menjadi hakikat yang perlu diyakini dan diketahui bahawa dunia Melayu ini perlu kekal dengan pegangan dan amalan arus perdana Islam yakni Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Maka dengan itu, keperluan untuk menyuburkan displin-disiplin ilmu Islam ini melalui pendidikan perlu diutamakan demi membangunkan umat dan budaya masyarakat dalam kerangka pegangan, amalan serta nilai-nilai dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Walaubagaimanapun dalam proses melaksanakan misi ini, permasalahan perbezaan pendapat tetap akan wujud dan ianya akan tetap berlanjutan tanpa garisan penamatnya. Permasalahan ini perlu ditangkis segera supaya ianya tidak menjadi barah ketika proses pemerkasaan tamadun ini berlaku. Pastinya akan berlaku pergaduhan sesama umat Islam bahkan tidak mustahil akan berlaku perang saudara yang akan menumpahkan darah sesama Islam. Inilah realiti yang berlaku pada dunia Islam sekarang. Apabila semangat membuta tuli mengatasi kecerdasan akal fikiran sudah pasti ianya akan menafikan kebenaran sebenar. Semua usaha ini akan sia-sia bahkan imej Islam di kacamata dunia akan tetap dikaitkan dengan kelemahan dan kemunduran.

Oleh yang demikian untuk mengelakkan peristiwa ini daripada berlaku, pemerkasaan ilmu dan pendidikan perlu dilaksanakan segera. Ini bagi menyuburkan pendidikan dalam lingkungan Dunia Melayu yang melibatkan populasi umat Islam terbesar di dunia. Natijah pembinaan peradaban yang dibina berpandukan ajaran Islam aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah di kalangan Dunia Melayu bakal menjamin kesejahteraan sejagat untuk umat Islam secara amnya.

Disamping itu juga, pemerkasaan budaya, sistem ilmu tradisional, bahasa perantara dan perkongsian nilai bersama akan berlaku dan berterusan sehinggakan suasana yang harmoni akan terpancar di kalangan Dunia Melayu kelak. Akhirnya kesepaduan sosial yang berlandaskan aliran Ahlus Sunnah akan membentuk kehidupan bernegara yang di dalamnya terdapat pelbagai kaum dan budaya bersama-sama membina tamadun Duni Melayu.

Kesimpulannya, ajaran Islam menjaga serta memelihara kehidupan manusia dan setiap makhluk. Pelaksanaan Islam secara realistik akan memberi rahmat dan kesejahteraan kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa, pegangan agama dan budaya. Kenyataan ini menepati firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya' : 107 maksudnya,

"Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat bagi seluruh alam".


Read Users' Comments (0)