PENDAHULUAN
Adalah menjadi hakikat yang perlu diyakini dan diketahui bahawa dunia Melayu ini perlu kekal dengan pegangan dan amalan arus perdana Islam yakni Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Maka dengan itu, keperluan untuk menyuburkan displin-disiplin ilmu Islam ini melalui pendidikan perlu diutamakan demi membangunkan umat dan budaya masyarakat dalam kerangka pegangan, amalan serta nilai-nilai dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Walaubagaimanapun dalam proses melaksanakan misi ini, permasalahan perbezaan pendapat tetap akan wujud dan ianya akan tetap berlanjutan tanpa garisan penamatnya. Permasalahan ini perlu ditangkis segera supaya ianya tidak menjadi barah ketika proses pemerkasaan tamadun ini berlaku. Pastinya akan berlaku pergaduhan sesama umat Islam bahkan tidak mustahil akan berlaku perang saudara yang akan menumpahkan darah sesama Islam. Inilah realiti yang berlaku pada dunia Islam sekarang. Apabila semangat membuta tuli mengatasi kecerdasan akal fikiran sudah pasti ianya akan menafikan kebenaran sebenar. Semua usaha ini akan sia-sia bahkan imej Islam di kacamata dunia akan tetap dikaitkan dengan kelemahan dan kemunduran.
Oleh yang demikian untuk mengelakkan peristiwa ini daripada berlaku, pemerkasaan ilmu dan pendidikan perlu dilaksanakan segera. Ini bagi menyuburkan pendidikan dalam lingkungan Dunia Melayu yang melibatkan populasi umat Islam terbesar di dunia. Natijah pembinaan peradaban yang dibina berpandukan ajaran Islam aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah di kalangan Dunia Melayu bakal menjamin kesejahteraan sejagat untuk umat Islam secara amnya.
Disamping itu juga, pemerkasaan budaya, sistem ilmu tradisional, bahasa perantara dan perkongsian nilai bersama akan berlaku dan berterusan sehinggakan suasana yang harmoni akan terpancar di kalangan Dunia Melayu kelak. Akhirnya kesepaduan sosial yang berlandaskan aliran Ahlus Sunnah akan membentuk kehidupan bernegara yang di dalamnya terdapat pelbagai kaum dan budaya bersama-sama membina tamadun Duni Melayu.
Kesimpulannya, ajaran Islam menjaga serta memelihara kehidupan manusia dan setiap makhluk. Pelaksanaan Islam secara realistik akan memberi rahmat dan kesejahteraan kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa, pegangan agama dan budaya. Kenyataan ini menepati firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya' : 107 maksudnya,
"Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat bagi seluruh alam".

0 Response to "PENDAHULUAN"
Catat Ulasan